PBS SAINS (B4D1E1)
Ok guys, hari ni saya nak pos camne nak buat sains PBS B4
Bidang kegunaan
Perubatan -mengadakan penyelidikan saintifik untuk medapatkan kaedah rawatan terkini bagi pelbagai penyakit
-dapat merawat pelbagai penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis dll...
-boleh mengelakkan kesakitan se- masa menjalankan rawatan dengan kaedah baru seperti bersalin di dalam air dan berkhatan guna Smart Clam.
Pengangkutan -masyarakat membangun dengan ciptaan jentera pengangkutan seperti kapal terbang, kapal, LRT, bas, keretapi dan MRT.
-dengan sains, kereta lebih maju dan mesra alam seperti tech Hybrid dan ada beberapa kereta yang guna bateri.
-bagi mereka yang tidak suka naik kenderaan sendiri, mereka boleh menaiki LRT, komuter, ERL atau MRT dengan tambang yng murah.
-kapal terbang memudahkan kita untuk pergi ke luar negara/negeri dengan masa yang cepat.
Teknologi maklumat dan komunikasi-komputer merupakan salah satu alat maklumat dan komunikasi. dengan komputer, kita boleh mencari maklumat dengan mudah. bukan saja boleh cari maklumat malah boleh berkomunikasi menggunakan e-mel, facebook atau twitter.
-telefon memudahkan kita berhubung pada jarak yang jauh.sekarang tercipta tablet atau ipad.-
Perindustrian -sains di dalam bidang perindustrian dapat memajukan masyarakat dalam
bidang perindustrian.
-perindustrian beg jute dapat menjaga alam sekitar dengan pengunaan bahan organik yng lebih mesra alam.
Pertanian -melalui teknologi yng terkini dapat menghasilkan teknik penanaman buah buahan yng lebih efisien.
-dengan sains dapat menghasilkan jentera untuk membajak dan menuai padi dengan pantas dan berkesan
SO, THAT'S ALL FOR TODAY :)